Apa itu Private Manage Account?

 

Private Managed Account Untuk Siapa?

Anda seorang yang konsisten menyimpan dalam ASB sampai penuh kuota. Buka ASB 2 pun penuh juga kuota. Alhamdulillah.

Anda nak melabur dalam saham tapi tak punyai masa nak analisa kualiti bisnes 1-1 kaunter saham, tak sanggup baca laporan kewangan syarikat 7 - 10 tahun yang lepas.

Anda nak melabur dalam saham tapi tiada pengalaman & tak arif nak urus modal. Berapa peratus daripada modal nak beli kaunter A, berapa peratus pula untuk kaunter B.

Anda punyai amaun lebih daripada 6 angka dalam akaun KWSP, bakal bersara 10-20 tahun lagi dan tidak punyai modal tunai di tangan untuk bermula dalam pelaburan saham.

Sekiranya anda adalah individu yang punyai salah satu kriteria yang disebutkan tadi, teruskan membaca.

Apa kelebihan private managed account?

#1 Akaun Khas & Customized

Duit anda akan diuruskan secara persendirian oleh fund manager berlesen. Tak campur dengan duit orang lain macam unit trust.

Private. Customized. Pelaburan anda tidak akan sama dengan orang lain punya pelaburan.

Kita nak apa dari managed account ni? Boleh bincang.

+ Nak dapat regular income sebab dah nak bersara?
+ Fokus labur dalam blue chip?
+ Labur dalam IPO?
+ Nak jenis agresif?
+ Mahu yang momentum?

Syaratnya modal mencukupi.

Kita tetapkan tema dahulu, kemudian berikan mandat kepada licensed fund manager.

Macam order steak. Nak well done, medium well dan sebagainya. Kemudian, mereka masak ikut teknik tersendiri.

#2 Dapat Guna Simpanan KWSP

Kalau modal tunai tak cukup, boleh tengok baki akaun 1 KWSP. Melalui skim pelaburan ahli.

Kebiasaannya ramai yang keluarkan duit KWSP untuk melabur dalam unit trust. Ramai dah buat. Tiada apa yang istimewa.

Syarat-syarat yang sama juga terpakai kalau nak letak duit dalam managed account.

Dari segi modal, ia perlukan amaun yang lebih besar berbanding kalau nak keluarkan duit untuk labur dalam unit trust.

#3 Transparent Reporting

Syarikat pengurusan dana akan memaklumkan dari awal caj-caj yang terlibat dan juga menyediakan laporan dengan jelas menunjukkan ke mana duit kita pergi.

+ Service fee. Di Malaysia 3% adalah standard.
+ Annual management fee. Bermula dari 1.5%. Kebiasaannya menjadi lebih rendah dari itu sekiranya lebih banyak modal yang disuntik dalam akaun.
+ Withdrawal charges. Selalunya untuk mereka yang keluarkan balik modal dalam tempoh kurang dari 12 bulan.
+ Custodian charges. Ada 2. (1) Berdasarkan transaction dan (2) Annual custodian fee.
+ Performance fee. Kalau fund manager beri lebih untung dari x%, maka fund manager dapat fi lebih. Striker bila skor gol dapat bonus lebih.

Kesemuanya ini ditulis dengan jelas dalam investment management agreement (IMA).

Baca dahulu segala terma dan syarat dalam IMA tersebut dengan teliti sebelum tanda tangan ia. Tanya apa-apa yang tidak faham atau ada yang tidak jelas.

Bagaimana Nak Buka Akaun?

Melalui sesi fact-finding, saya akan menilai dulu individu-individu yang berminat.

Ini kerana bukan semua orang sesuai untuk mendapatkan servis managed account ini sebab modal kalian memang dilaburkan terus ke dalam pasaran saham.

Sekiranya profil pelaburan adalah sesuai, maka pelaburan saham dapat diuruskan secara personal, private, persendirian terus oleh fund manager berlesen.

Ya, anda dapat customized investment portfolio.

Boleh wassap saya for more details ye :

https://wa.link/eaq9pw


https://linktr.ee/mustaqimmazuky

https://t.me/PhillipCapitalManageAccount




Comments

Popular posts from this blog

Invest Guna Akaun 1 KWSP melalui Private Mandate Phillip Capital Management serendah RM10k sahaja!

Siapa Saya? Jom Kenali Marketing Representative - Mustaqim Mazuky

Apa itu Private Mandate?