Apa Itu Preference Shares Dan Apa Bezanya Dengan Saham Biasa (Ordinary Shares)?
Kita mungkin pernah dengar tentang Private Placement ni, tapi mesti ramai yang masih keliru apa yang dimaksudkan dengannya.
Ia adalah jualan awal saham dan pegangan saham kepada pelabur atau institusi terpilih sebelum ia dibuka kepada umum. Ia adalah alternatif kepada Initial Public Offering (IPO), di mana syarikat perlukan dana untuk mengembangkan lagi syarikat.
Umum dikenali pelabur bahawa jenis saham yang diniagakan di Bursa Malaysia dikenali sebagai Ordinary Shares. Namun, terdapat satu lagi jenis saham yang tidak diniagakan di Bursa Malaysia dan ianya dikenali sebagai Preference Shares.
Kedua-dua saham ini mewakili pemilikan syarikat, tetapi mempuyai kriteria yang berbeza. Jom kita sama-sama fahamkan apa itu Ordinary Shares dan Preference Shares, serta perbezaan di antara kedua-duanya.
Ordinary Shares
Preference Shares
Preference shares juga dikenali sebagai preferred stock dan pemegang saham ini juga merupakan pemilik syarikat. Preference shares mempunyai kriteria yang bercampur di antara ekuiti dan hutang, ianya dipercayai dapat menarik minat pelabur yang mempunyai keutamaan dan keinginan untuk dijaga.
Pemilik saham ini akan menerima dividen mereka lebih awal daripada ordinary shares namun tidak boleh mendahului pemiutang.
Preference shares tidak memberikan pemegang saham hak untuk mengundi dalam menentukan hal berkenaan syarikat. Tetapi mereka mempunyai hak untuk mengundi bagi hal yang secara langsung melibatkan hak mereka dalam syarikat seperti keputusan untuk penggulungan.
Pemegang saham ini juga kebiasaannya dijanjikan nilai dividen yang tetap bagi setiap tahun kewangan dan mereka akan menerima bayaran selepas syarikat membayar pemiutang dan sebelum syarikat membayar dividen kepada pemilik ordinary shares.
Sekiranya syarikat tidak mampu membayar dividen bagi tahun kewangan yang lepas, pemegang saham ini layak menuntut pembayaran dividen mereka yang tertunggak pada tahun kewangan akan datang.
Di dalam situasi syarikat membuat keputusan untuk melakukan penggulungan, pemegang saham ini akan menerima bayaran hasil daripada liquidation sejurus selepas syarikat membayar kesemua pemiutang mereka sekiranya terdapat lebihan. Kriteria ini menunjukkan preference share merupakan saham dalam kelas yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan ordinary shares.
Convertible preference shares pula merupakan saham dalam kelas yang sama tetapi terdapat pilihan kepada pemegang saham untuk menukar dari preference shares kepada ordinary shares pada jumlah yang ditetapkan. Penukaran ini boleh terjadi atas permintaan pemegang saham atau pun syarikat itu sendiri.
Comments
Post a Comment