Buka Akaun CDS MPlus Secara Online & Mula Melabur
Nak mula membeli saham, kita perlukan akaun pelaburan yang dikenali sebagai akaun Central Depository System (CDS) untuk kita menjual beli saham di pasaran Bursa Malaysia.
Secara tradisionalnya, pelabur perlu pergi ke broker saham pilihan untuk mengisi beberapa borang fizikal yang membuka akaun CDS ini.
Hari ini, inisiatif daripada broker Malacca Securities Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai MPlus telah membolehkan pelabur untuk membuka akaun CDS ini secara online sahaja.
Jom kita lihat langkah-langkah pembukaan akaun CDS MPlus secara online.
Cara Pembukaan Akaun CDS Secara Online
Untuk membuka akaun CDS ini secara online, anda dinasihatkan untuk hanya menggunakan browser Google Chrome sahaja untuk pendaftaran yang lebih lancar.
Pendaftaran ini juga bersifat one-off bermakna apabila anda telah mula mendaftar, anda perlu habiskan pendaftaran yang anda buat.
Langkah Pertama, Sediakan Dokumen Penting
Sebelum anda mendaftar, pastikan anda menyediakan dokumen penting yang diperlukan terlebih dahulu. Dokumen penting tersebut adalah:
- Salinan Kad Pengenalan Depan Dan Belakang
- Salinan Penyata Bank Terkini
Jika anda sudah menyediakan dua dokumen penting ini, anda boleh ke langkah seterusnya.
Daftar Akaun M+ Online Sekarang :
https://forms.gle/Yei4ggEdS9jxvaJH9
Permohonan Akaun Trading M+ Online
1. Sila isi SEMUA maklumat yang diperlukan dan emel dokumen sokongan selepas maklumat telah dihantar.
*Dokumen sokongan yang diperlukan (sila emel kepada dealingmlk@msec.com.my):
1) Kad Pengenalan (depan & belakang)
2) Penyata Bank (boleh dapatkan e-statement dari online banking), atau
Surat Pengesahan Bank - Nama pemegang akaun bank dan nombor akaun (cop bank, cop officer, dan tandatangan officer diperlukan)
3) Resit untuk RM10 bayaran fee permohonan CDS. Transfer ke :
Akaun bank: UOB 1983023334
Nama Pemegang Akaun: MALACCA SECURITIES SDN BHD
*Recipient Reference isi nama penuh. Lepas transfer screenshot resit/ download PDF file
2. Dealer kami akan sediakan borang permohonan dan akan dihantar melalui emel, sila CETAK & TANDATANGAN.
3. Kembalikan BORANG ORIGINAL MELALUI POS ke alamat HQ MALACCA SECURITIES SDN BHD.
Comments
Post a Comment